Radio MPSepang adalah radio atas talian yang boleh diakses 24 jam dan didengari pada bila-bila masa melalui https://radiompsepang.my atau aplikasi mudah alih (muat turun di Google Play).
Penyampai berkeudara secara langsung di konti pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari dengan fokus perkongsian informasi terkini Majlis Perbandaran Sepang terutamanya program-progam dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada orang ramai.
Radio atas talian kian mendapat tempat di hati pendengar dalam mendapatkan informasi dan maklumat terkini disamping berhibur dengan variasi lagu yang dimainkan dan celoteh para penyampal.
Idea penubuhan Radio MPSepang adalah bermula sejak tahun 2022 dengan mengambil inspirasi daripada siaran Radio MBI di bawah Majlis Bandaraya Ipoh.
Siaran Radio MPSepang bermula secara rasminya pada 1 Ogos 2024 dengan sasaran awal pendengar adalah warga kerja Majlis Perbandaran Sepang dan secara berperingkat dipromosikan kepada orang ramai.
Kini, Radio MPSepang merupakan radio pihak berkuasa tempatan (PBT) Pertama di negeri Selangor. Semoga radio ini dapat memberi manfaat kepada semua pendengar.
Teruskan menyokong dan mendengarkan kami,
Radio MPSepang, Semarak Harimu!