SHAH ALAM, 21 APRIL: Sambutan Hari Wesak peringkat negeri akan diadakan selama sebulan bermula hari ini, kata pengerusi jawatankuasa agama bukan Islam Selangor.
Ng Sze Han berkata sambutan rasmi akan diadakan pada 17 Mei di tokong Maha Karuna Vihara, Elmina, Shah Alam, dari jam 9 pagi hingga 5 petang, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijangka hadir.
Menurut beliau, pelbagai aktiviti seperti pertandingan fotografi bertemakan “Wesak Warms My Heart” dan lawatan kuil.
“Acara ini menunjukkan sokongan Kerajaan Negeri terhadap komuniti agama Buddha. Tahun ini, sambutan berpindah ke tokong Maha Karuna Vihara selepas diadakan di Kuan Yin Teng pada tahun lalu,” katanya.
Beliau berkata demikan pada sidang media sempena sambutan Hari Wesak di tokong Maha Karuna Vihara, Elmina, semalam.
Menurut Sze Han, serentak dengan sanbutan Tahun Melawat Selangor, sebanyak 5000 buku kecil yang mengandungi maklumat kuil-kuil di Selangor akan diedarkan.
“Pengunjung yang mengumpul sekurang-kurangnya 10 cop daripada kuil-kuil tersebut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
“Selain itu, pertandingan fotografi bertemakan “Wesak Warms My Heart” juga diadakan sehingga 13 Mei untuk memberi peluang kepada orang ramai memenangi hadiah menarik,” katanya.
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM6 juta bagi menyokong rumah ibadat bukan Islam di Selangor, termasuk RM3.6 juta untuk rumah ibadat Buddha dan Tao, RM1.7 juta untuk Hindu, dan sejumlah lain untuk Kristian dan Sikh.
Sumber: SelangorKini