26 November 2024 (Selasa) – Program Santai Tuai Padi 3.0 yang dianjurkan oleh Jabatan Landskap telah diadakan di Kebun Bandar Cyberjaya, disertai oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, YBhg. Dato’ Haji Abd. Hamid bin Hussain bersama-sama Timbalan Yang Dipertua, YBrs. Tuan Muhamad Shah bin Osmin, Ahli-ahli Majlis, Pengarah-pengarah Jabatan/ Unit, Pengarah Jabatan Pertanian Daerah Sepang Tuan Rozman bin Sumiati, Tuan Ameenul Ummah mewakili Prima Avenue, wakil-wakil media serta warga kerja Majlis Perbandaran Sepang.
Projek ini diterajui oleh Cik Arefah binti Rahim, Pengarah Jabatan Landskap bersama-sama warga kerja Jabatan Landskap dengan menggunakan benih Padi SIRAJ 297 (MR297) dan telah mula ditanam pada bulan November 2023. Hasil tuaian pertama telah berjaya dihasilkan pada awal Mac 2024 dan sehingga kini 7 plot telah berjaya diusahakan.
Projek ini diharap dapat memberi manfaat dan pendedahan kepada komuniti serta generasi masa kini tentang suasana sawah padi, membantu mewujudkan rantaian keterjaminan makanan dan memberi ruang kepada usaha penyelidikan.
Sumber: Facebook Majlis Perbandaran Sepang