Orang ramai dijemput ke Masjid Raja Haji Fi-Sabilillah, Cyberjaya pada 27 dan 28 September 2024 ini bagi menyertai pelbagai aktiviti sempena Program Sambutan Maulidur Rasul (Sepang Berselawat) peringkat Daerah Sepang 2024M/1446H.
Antara pengisiannya adalah Solat Subuh Macam Jumaat, Kuliah Subuh, Kuliah Maghrib, Qiamullail Perdana, Zikir Walk, Aktiviti Memanah, Pameran dan Gerai Jualan, Soopa Doopa, Health Talk dan macam-macam lagi.
Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti media sosial Masjid Raja Fi-Sabilillah dan Majlis Perbandaran Sepang.