Program Pendidikan Alam Sekitar MP Sepang 2025

Tarikh: 21/07/2025
img

20 Julai 2025, Ahad - MPSepang terus komited dalam usaha mendidik, menyemai kesedaran dan memupuk rasa tanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar melalui penganjuran Program Pendidikan Alam Sekitar sempena Sambutan Hari Alam Sekitar 2025.

Bertempat di Taman Tasik Cyberjaya, program ini mengangkat pendekatan semula jadi dalam meningkatkan kesihatan tasik, sungai dan biodiversiti persekitaran melalui konsep kerjasama pintar bersama komuniti, agensi dan badan bukan kerajaan.

Majlis diserikan dengan kehadiran YBrs. Dr. Ani binti Ahmad, Yang Dipertua MPSepang, Tuan Muhamad Shah bin Osmin, Timbalan Yang Dipertua MPSepang serta barisan Pengurusan Kanan MPSepang yang turut sama menjayakan program ini bersama Global Environment Centre dan NGO yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan aktiviti pendidikan lapangan.

Antara pengisian utama program termasuk penanaman pokok Kekabu, pelepasan ikan oleh YDP MPSepang di kawasan Taman Pendebungaan, serta lawatan ke tapak Nurseri Wetland/Biofilteri dan demonstrasi sistem Floatable Wetland sebagai kaedah rawatan semula jadi air tasik.

Melalui pendekatan bersepadu dan tindakan berasaskan komuniti, program ini menjadi platform penting dalam memperkasa pendidikan alam sekitar secara praktikal dan inklusif. Ia bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi membina kesedaran dan tindakan yang memberi impak nyata terhadap kesejahteraan alam dan kehidupan bandar yang berkualiti.

Bersama kita pelihara alam, dari Sepang untuk bumi yang lebih sihat dan sejahtera.

Sumber: Facebook Majlis Perbandaran Sepang 

Radio MPSepang
Semarak Harimu