SHAH ALAM, 29 SEPT: Beberapa bantuan pendidikan bawah Kerajaan Negeri dibuka sehingga Oktober bagi meringankan beban pelajar melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
Antaranya Tabung Pendidikan Anak-anak Syarikat dan Badan Berkanun Negeri Selangor yang dikhaskan kepada kakitangan anak syarikat dan badan berkanun.
Tawaran yang turut layak dimohon waris mereka merangkumi tajaan yuran, elaun buku, perkakas, sara hidup serta kos kajian itu boleh dipohon sehingga 20 Oktober depan.
Selain itu, pentadbiran negeri turut membuka pinjaman bawah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor iaitu Pinjaman Boleh Ubah Dalam Negara dan Biasiswa Sagong Tasi sehingga 15 Oktober.
Bantuan PBUDN sesi kedua khas kepada anak Selangor terbuka kepada pelajar peringkat diploma dan ijazah sarjana muda di IPT yang diiktiraf kerajaan secara sepenuh masa sekitar Selangor serta Kuala Lumpur
Antara syarat permohonan:
-pemohon dan ibu bapa warganegara dan menetap di Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun
-pendapatan isi rumah tidak melebihi RM20,000 sebulan
-pemohon bukan pelajar tahun akhir dan belum menerima biasiswa, pinjaman atau dermasiswa
Sementara itu Biasiswa Sagong Tasi khusus untuk pendidikan Orang Asli, boleh dipohon untuk mereka yang melanjutkan pengajian di mana-mana IPT awam selain Universiti Selangor, Universiti Islam Selangor dan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC).
Kesemua pinjaman berkenaan boleh dimohon menerusi pautan edanapendidikan.selangor.gov.my dan maklumat lanjut boleh didapati di portal PembiayaanPendidikan Negeri Selango
Sumber: SelangorKini