Bersempena Hari Kualiti dan Inovasi MP Sepang 2025 pada September nanti, selain Pertandingan Inovasi Terbuka Piala YDP MP Sepang, MP Sepang turut menganjurkan Pertandingan Kitar Semula dengan tema 'Reka Semula, Guna Semula, Lestari Bersama'.
Tarikh tutup pendaftaran kumpulan adalah pada 8 Ogos 2025 secara atas talian (pautan atau imbas kod QR di poster di atas), manakala tarikh pertandingan adalah pada 10 September 2025.