Pertandingan cipta logo SUKMA Selangor dibuka, hadiah utama RM5,000

Tarikh: 18/02/2025
img

SHAH ALAM, 18 FEB: Orang ramai dipelawa menyertai pertandingan mencipta logo Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 yang menawarkan hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM5,000.

Sekretariat SUKMA Selangor 2026 berkata tempat kedua berpeluang membawa pulang wang tunai RM2,000, tempat ketiga RM1,000 manakala RM500 hadiah saguhati diberi kepada dua pemenang.

Berdasarkan poster, setiap peserta dihadkan kepada satu penyertaan sahaja dan logo berkenaan digalakkan menerapkan nilai-nilai kreatif yang menjadi identiti Selangor.

Penyertaan boleh dihantar ke emel selangor2026@gmail.com sebelum tarikh tutup pada 31 Mac 2025.

Januari lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA Selangor 2026 Dato’ Mohd Yazid Sairi bercadang mengadakan pertandingan mencipta logo, maskot dan lagu temasya dwitahunan itu agi menyemarakkan lagi penganjuran edisi ke-22 pada tahun depan.

Sumber:SelangorKini 


Radio MPSepang
Semarak Harimu