SHAH ALAM, 15 NOV: Kerajaan Negeri mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2024 sebanyak dua bulan kepada semua penjawat awam yang akan dibayar secara berperingkat.
Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berkata BKK pertama akan dibayar pada 30 Disember ini dan seterusnya pada 25 Mac 2025 sempena sambutan Aidilfitri.
“Pada tahun ini, kita mencapai beberapa rekod yang boleh kita bangga tanpa mengira haluan politik. Untuk keseluruhan 2023, Selangor menjadi negeri pertama merekodkan nilai ekonomi mencecah RM400 billion, iaitu sebanyak RM406.1 billion.
“Malah, nilai dan pungutan hasil melebihi sasaran dari tahun ke tahun meskipun melalui pandemik Covid-19. Kedudukan kewangan negeri turut meningkat sebanyak RM751 juta kepada RM4.36 billion,” katanya.
Amirudin menambah, kejayaan itu merupakan hasil tekad, usaha, dan komitmen seluruh pasukan termasuk semua kakitangan pihak berkuasa tempatan.
Sumber: SelangorKini