Pengoperasian Pasar Malam Taman Putra Perdana PP 5D/2 (Ahad) di Jalan 1/1 & 1/3 (hadapan Klinik Suraya) telah berakhir pada 30 November 2025 yang lalu.
Pasar ini akan beroperasi di lokasi baharu iaitu di Park & Ride Cyberjaya bermula pada 7 Disember 2025 hingga 7 Jun 2026.
Perpindahan ini adalah bersifat sementara bagi memberi laluan kerja-kerja naik taraf di tapak asal Pasar Malam Taman Putra Perdana PP 5D/2 (Ahad).
Jom sokong usahawan-usahawan pasar malam dan memeriahkan lagi suasana malam di Cyberjaya!