MPSepang keluar 59 notis kesalahan iklan haram

Tarikh: 23/06/2025
img

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mengeluarkan sebanyak 59 notis kesalahan terhadap pemilik yang menyiarkan iklan haram dalam satu operasi penguatkuasaan iklan oleh Unit Iklan Zon Tengah, baru-baru ini.

Operasi tersebut dijalankan oleh jabatan penguat kuasa di sekitar kawasan Southville City, Persiaran Southville, Jalan Southville 2 dan berhampiran Pejabat Penguatkuasa Zon Tengah (Kenanga) bertindak terhadap bahan-bahan iklan yang dipamerkan tanpa kelulusan atau lesen sah, khususnya iklan jenis gegantung yang diletakkan secara haram di lokasi awam.

“Hasil rondaan, pihak penguat kuasa telah mengeluarkan 59 notis kesalahan serta mencatatkan 59 notis inventori.

“Kesemua tindakan penguatkuasaan itu dibuat di bawah Peruntukan 7, Undang-Undang Kecil Iklan (MPSepang) 2007 iaitu kesalahan mempamerkan iklan tanpa lesen,” kata MPSepang menerusi hantaran di Facebook.

Pihak berkuasa tempatan itu turut menasihatkan semua pengiklan agar sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan memastikan setiap bahan iklan mendapat kelulusan serta lesen yang sah sebelum dipamerkan.

Sumber: MalaysiaGazette 

Radio MPSepang
Semarak Harimu