Medan Selera D’Pinggiran MP Sepang menang tempat kedua Kategori B Pertandingan Pengiktirafan Medan Selera Bersih PBT tahun 2024

Tarikh: 09/10/2024
img

Medan Selera D' Pinggiran, Majlis Perbandaran Sepang telah memenangi tempat kedua Kategori B Pertandingan Pengiktirafan Medan Selera Bersih PBT Tahun 2024.

Penyampaian pengiktirafan tersebut telah disampaikan oleh Datuk Hajah Raj Munni Sabu @ Aiman Athirah Al Jundi, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Majlis Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia KPKT 2024. Majlis tersebut telah diadakan di Bangi Convention Center, Bangi, Selangor.

Yang Berbahagia Dato' Hj. Abd Hamid bin Hussain mewakili MPSepang naik ke pentas menerima pengiktirafan itu. Turut mengiringi ialah Pengarah Jabatan Kesihatan Dan Persekitaran MPSepang, En. Azirol Hisham bin Azmi.

Semoga dengan adanya pengiktirafan seumpama ini, dapat menaikkan lagi semangat berusaha memperbaiki mutu dan kualiti, sertai tahap kebersihan di medan-medan selera bawah kelolaan MPSepang pada masa akan datang.

Sumber: Facebook Majlis Perbandaran Sepang


Radio MPSepang
Semarak Harimu