MBPJ lawat konti Radio MPSepang

Tarikh: 26/02/2025
img

Pada 25 Februari 2025 (Selasa), Radio MPSepang telah menerima kunjungan daripada 10 orang pegawai dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)  yang diketuai oleh Encik Hasnizam bin Che Mat Hassan, Pegawai Kebudayaan MBPJ. Rombongan ini terdiri daripada Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dan Unit Pengurusan Maklumat.  

Perkongsian berkenaan pengurusan dan siaran Radio MPSepang telah disampaikan oleh Penerbit Rancangan, Puan Syeera Ghani manakala perkongsian berkenaan sistem dan teknikal telah disampaikan oleh Encik Mohd Shahrezzan dari Unit Teknologi Maklumat, MPSepang. 

Encik Hasnizam juga berkesempatan untuk berkeudara secara langsung bersama-sama penyampai bertugas iaitu Penyampai Meeja dan Raff. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua yang hadir. Ada rezeki, umur yang panjang, kita jumpa lagi! 

Sekiranya anda ada  sebarang hebahan yang bukan berbentuk komersial yang ingin Radio MPSepang hebahkan, anda boleh e-melkan kepada syahirah.ghani@mpsepang.gov.my atau radiompsepang@gmail.com. 

Radio MPSepang, Semarak Harimu! 



Radio MPSepang
Semarak Harimu