MB: Dedikasi, usaha warga Selangor antara faktor catat hasil RM2.218 bilion

Tarikh: 28/10/2024
img

SHAH ALAM, 28 OKT: Kutipan hasil Kerajaan Selangor setakat Oktober meningkat RM2.218 bilion berbanding sasaran asal RM2.2 bilion.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kutipan melebihi sasaran itu merupakan hasil dedikasi dan usaha warga Selangor.

“Syukur Alhamdulillah, setakat Oktober 2024, Kerajaan Selangor berjaya mengumpulkan kutipan hasil berjumlah RM2.218 bilion melebihi sasaran awal ditetapkan RM2.2 bilion.

“Perkembangan ini turut dipacu oleh pembukaan beberapa kawasan perindustrian baharu dan pelbagai projek pembangunan di Selangor,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2025 pada 15 November nanti, Amirudin berkata beberapa inisiatif akan diumum khusus bagi memacu ekonomi serta menarik pelaburan ke negeri ini.

“Semoga kemakmuran ekonomi ini dapat kita nikmati bersama,” katanya.

Sumber: SelangorKini 

Radio MPSepang
Semarak Harimu