SHAH ALAM, 22 DIS: Orang ramai dipelawa menghadiri Majlis Darul Ehsan Berselawat di Setia City Park Oval Lawn, Setia Alam pada 27 hingga 29 Disember ini.
Program selama tiga hari menjelang tahun baharu itu bakal disempurnakan oleh Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.
Majlis munajat, zikir dan berselawat itu juga diserikan dengan kehadiran tokoh terkenal seperti Habib Ali Zainal Abidin Assegaf, Guz Azmi, Ustaz Iqbal dan Ustaz Neezam.
Kerajaan Negeri kerap menganjurkan Majlis Darul Ehsan Berselawat termasuk ketika ambang tahun baharu dan sambutan Hari Kemerdekaan yang menghimpunkan ribuan umat Islam.
Pada tahun ini, program tersebut dianjurkan beberapa kali antaranya pada Program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor pada 23 Februari.
Pada 2 Jun, Majlis Darul Ehsan Berselawat turut dianjurkan sempena majlis penutup Festival Turath Islami Selangor di Dataran Tapak Karnival Stadium Shah Alam, diikuti pada 31 Ogos di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Sumber: SelangorKini