SHAH ALAM, 29 OKT: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menganjurkan jualan khas sempena Deepavali di 10 lokasi hari ini dan esok, bermula jam 10 pagi.
Jualan Ehsan Rahmah (JER) khas menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).
Berikut lokasi JER hari ini (29 Oktober 2024):
• Balairaya Tanjong Medan, Sungai Panjang ‘
• Balairaya Taman Mutiara, Tanjung Sepat
• Tapak Pasar Malam Hari Jumaat, Sentosa
• Flat Taman Km, pelabuhan Klang
• Niosh Experience Centre, Menara Niosh, Sungai Ramal
Lokasi JER bagi esok (30 Oktober 2024) adalah seperti berikut:
• Dataran Pantai Batu23, Sg Nibong, Sungai Panjang
• Jalan Mutiara 1J, Taman Mutiara, Dengkil
• Dataran Batu Arang, Rawang
• Dataran Boulevard MBPJ, Bukit Gasing
• Hadapan Pejabat PKM DUN Bukit Melawati
JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini. Bagi meluaskan capaian, PKPS dengan kerjasama Segi Fresh menyasarkan pembukaan 10 cawangan Pasaraya Ehsan Segi Fresh. Pasar raya pertama telah dibuka di Bagan Nakhoda Omar, Bernam Jaya.
PKPS juga melancarkan Pasar Raya Ehsan Mart di Dataran Selayang, Batu Caves yang menawarkan harga barangan asas lebih rendah. Pasar raya itu bakal diperluas di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN).
Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.
Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS
Sumber: Selangor Kini