Jom Sertai Cabaran Memancing Terbuka Selangor 8 Disember ini

Tarikh: 05/12/2024
img

Hadiah wang tunai keseluruhan RM53,000 menanti pemenang pertandingan memancing Terbuka Selangor di Pantai Bagan Lalang, dekat sini Ahad ini.

Pertandingan anjuran Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Wakjali Event Management itu, menawarkan hadiah wang tunai juara bagi Kategori Terbuka RM15,000 untuk juara, naib juara menerima RM4,000 dan ketiga RM2,000. Pemenang keempat dan kelima menerima RM500, keenam -10 (RM300) dan ke-11 – 100 menerima RM100).

Penganjur turut menawarkan hadiah wang tunai bagi kategori spesis belukang dan ikan duri berjumlah RM14,500 serta hadiah tambahan sebanyak RM6,000 bagi peserta kelahiran dan pemastautin di Selangor.

Sumber: https://hubmedia.my/.../cabaran-memancing-bagan-lalang.../

Radio MPSepang
Semarak Harimu