Hutan simpan, taman eko di Selangor ditutup hingga Januari 2025

Tarikh: 23/10/2024
img

SHAH ALAM, 22 OKT: Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) memaklumkan penutupan sementara semua aktiviti rekreasi di Hutan Simpanan Kekal dan Taman Eko Rimba di bawah seliaannya bermula 15 November hingga akhir Januari 2025.

Pengarah Perhutanan Negeri Selangor Azhar Ahmad berkata penutupan itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak berlaku insiden tidak diingini kepada pengunjung susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula awal bulan depan.

“JPNS akan menutup sementara semua aktiviti rekreasi di dalam hutan simpanan kekal di Selangor hingga 31 Januari 2025 bagi menghadapi musim MTL,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi JPNS hari ini.

Antara Taman Eko Rimba di Selangor ialah Rimba Gabai, Gunung Nuang, Rimba Kanching, Sungai Chongkak, Sungai Sendat, Sungai Tekala, Sungai Tua, Ampang, Komanwel, Kota Damansara dan Templer.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip dilaporkan berkata pihaknya meramalkan MTL berlaku pada awal bulan depan berdasarkan faktor klimatologi.

Sumber: Selangor Kini


Radio MPSepang
Semarak Harimu