Gaji penjawat awam naik 15 peratus, kuat kuasa mulai 1 Disember

Tarikh: 16/08/2024
img

SHAH ALAM, 16 OGOS: Kadar baharu gaji penjawat awam meningkat sehingga 15 peratus sekali gus merupakan kenaikan tertinggi dalam sejarah negara.

Mengumumkan perkara itu di Putrajaya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenaikan secara berperingkat itu berkuat kuasa 1 Disember ini untuk fasa pertama manakala fasa kedua pada 1 Januari 2026.

Pada 1 Mei lepas, beliau mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam yang menyaksikan kenaikan melebihi 13 peratus dan merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara.

Kenaikan seperti berikut:

1. Pelarasan gaji 15 peratus kepada pegawai kumpulan pelaksanaan kumpulan pengurusan dan profesional.

– Kenaikan sebanyak lapan peratus pada Fasa 1 dan tujuh peratus pada Fasa 2

2. Pelarasan gaji sebanyak tujuh peratus kepada pegawai kumpulan pengurusan tertinggi

– Kenaikan sebanyak empat peratus pada Fasa 1 dan tiga peratus pada Fasa 2

Sumber: SelangorKini

Radio MPSepang
Semarak Harimu