Majlis Perbandaran Sepang melalui Kumpulan Cyber Crew daripada Jabatan Penguatkuasaan telah berjaya memenangi dua (2) anugerah iaitu Anugerah Platinum bagi Anugerah Khas Inovasi Terbaik keseluruhan AIN-SA Tahun 2024 dan Naib Johan bagi Anugerah Inovasi Negeri Selangor Sektor Awam (AINS-SA) bagi kategori Trek Keselamatan dan Pentadbiran dalam Majlis Apresiasi Inovasi Negeri Selangor Tahun 2024, sempena Festival Inovasi Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor (FIS) 2024.
Pada tahun 2024, kerajaan Negeri Selangor buat julung kalinya telah mengadakan FIS 2024 dan memberi ruang kepada kumpulan inovasi yang memenangi Johan dan Naib Johan AINS 2024 untuk membuka reruai sempena Festival tersebut. Untuk itu, MPSepang sekali lagi telah berjaya memenangi di antara 5 reruai terbaik semasa festival tersebut berlangsung.
Anugerah Inovasi Ini telah disampaikan oleh YAB Dato’ Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, diiringi oleh YB. Dato' Setia Haji Haris bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor kepada YBhg. Dato' Haji Abd Hamid bin Hussain, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang.
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga kerja MPSepang untuk senantiasa membudayakan inovasi dalam amalan kerja seharian.
Sekali lagi, syabas dan tahniah MPSepang!
Sumber: Facebook Majlis Perbandaran Sepang