Belanjawan negeri dibentang 15 November, ikuti siaran langsung Media Selangor

Tarikh: 04/11/2024
img

SHAH ALAM, 4 NOV: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dijadual membentangkan belanjawan 2025 pada 15 November ini, jam 3 petang.

Berlangsung di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor (DNS), laporan berita boleh diikuti melalui portal selangorkini.my, Selangor Journal, Selangorkini Mandarin dan Selangorkini Tamil.

Orang ramai juga boleh menonton siaran langsung menerusi https://selangortv.my/ dan Facebook MediaSelangor.

Pembentangan juga disiarkan melalui media sosial Media Selangor seperti Instagram, X, Telegram, TikTok selain di MYTV MANA-MANA.

Pada 30 Oktober, Dato’ Menteri Besar berkata belanjawan negeri tahun depan menggariskan beberapa inisiatif khusus bagi memacu ekonomi serta menarik pelaburan ke negeri ini.

Amirudin berkata berkata usaha berterusan perlu dilakukan untuk meneruskan momentum negeri sebagai penyumbang ekonomi terbesar negara sekali gus menjamin limpahan manfaat dinikmati rakyat.

Sebelum ini, Speaker DNS Lau Weng San berkata pembentangan Belanjawan Selangor 2025 bersekali dengan sidang dewan yang dijadual berlangsung sehingga 29 November.

Sumber: SelangorKini


Radio MPSepang
Semarak Harimu