Anugerah SDG@SEPANG 2024

Tarikh: 03/10/2024
img

Majlis Perbandaran Sepang akan menganjurkan satu program Anugerah SDG@Sepang 2024 sebagai satu inisiatif penghargaan kepada semua pihak dalam menjayakan SDG di peringkat tempatan bertemakan ‘Sepang Localising SDG’.

Terdapat tiga kategori bagi Anugerah SDG@Sepang iaitu Kategori Komuniti Sepang, Kategori Agensi Kerajaan/Agensi Swasta/NGO dan Kategori Institut Pengajian Tinggi/Sekolah.

Tempoh penyertaan adalah 24 September 2024 – 15 November 2024, manakala sesi penilaian akan dijalankan pada 18-29 November 2024.

Untuk syarat-syarat penyertaan, kriteria penilaian dan maklumat lanjut, boleh hubungi Jabatan Perancangan Bandar, Majlis Perbandaran Sepang.

Semoga Berjaya!


Radio MPSepang
Semarak Harimu