Amaran Keselamatan Jalan Raya di Persiaran Sepang Cyberjaya

Tarikh: 05/05/2026
img

AMARAN KESELAMATAN JALAN RAYA

Perhatian kepada semua pengguna jalan raya di Persiaran Sepang Cyberjaya!

Semua jenis kenderaan adalah dilarang membuat pusingan U di laluan susur masuk ke Cyberjaya Lakefront Park. Gunakan lampu isyarat yang disediakan untuk membuat pusingan dengan selamat.

Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan lalu lintas.

Marilah kita bersama-sama:

✅ Memberikan tumpuan penuh ketika memandu

✅ Sentiasa berhati-hati

✅ Memandu dengan berhemah dan bertanggungjawab

✅ Mematuhi undang-undang jalan raya

✅ Menghormati pengguna jalan raya lain

🛣️ Keselamatan bersama adalah keutamaan.

Patuhilah peraturan demi kesejahteraan semua, terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Sumber: Facebook Majlis Perbandaran Sepang 

Radio MPSepang
Semarak Harimu