Air terjun Serendah, santuari ikan Sungai Chiling ditutup untuk kerja naik taraf

Tarikh: 09/01/2025
img

SHAH ALAM, 8 JAN: Kawasan rekreasi air terjun Serendah dan santuari ikan Sungai Chiling, Hulu Selangor masih ditutup sementara untuk kerja naik taraf kemudahan awam sehingga tarikh diberitahu kelak.

Penerangan Daerah Hulu Selangor memaklumkan orang ramai diminta cakna dan tidak berkunjung ke kawasan terlibat bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Menurutnya, walaupun hebahan penutupan telah dibuat Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) sebelum ini, namun papan tanda dan notis yang dipasang di laluan masuk kawasan terlibat didapati hilang akibat sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak.

“Ini bukan saja mengelirukan orang ramai tetapi turut membimbangkan semua pihak terutama keselamatan pengunjung kerana hasil pemantauan MPHS masih ada datang berkelah,” katanya menerusi Facebook.

Justeru menurutnya, orang ramai diharap dapat memberi kerjasama sebaiknya bagi memastikan usaha MPHS menaik taraf kemudahan awam sekitar lokasi air terjun berjalan lancar tanpa kejadian tidak diingini.

“Sungai Chiling dijangka dibuka semula selepas Aidilfitri namun tarikh pembukaan air terjun Serendah masih belum dapat dimaklumkan lagi,” katanya.

Sumber: SelangorKini 

Radio MPSepang
Semarak Harimu