SHAH ALAM, 13 OKT: Fenomena air pasang besar di Selangor dijangka mencatat bacaan paras air laut sehingga 5.8 meter mulai Khamis hingga Ahad depan.
Susulan itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengingatkan penduduk dan pengguna jalan raya berhati-hati dan bersedia depani risiko banjir di lokasi terjejas.
“Patuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diminta untuk berpindah ke pusat penempatan sementara yang telah disediakan.
“Sebarang kecemasan atau bantuan segera akibat banjir di Shah Alam sila hubungi Bilik Gerakan Pantas di talian 03-5510 5811,” tulisnya di Facebook.
Sebelum ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri memaklumkan fenomena itu dijangka berlaku selama 12 hari, bermula 2 Oktober lalu dengan bacaan paras air laut 5.8 meter, tertinggi bagi tahun ini.
Sumber: SelangorKini