SHAH ALAM: Karnival Kerjaya Jelajah Jobcare Selangor bersama Myfuturejobs Daerah Klang 2024 bakal berlangsung pada Sabtu ini menawarkan 3,000 jawatan kosong.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan, V Papparaidu berkata, karnival diadakan di Dewan Hamzah mencawarkan pencari kerja peluang menjalani temuduga terbuka dan kaunseling kerjaya.
"Turut diadakan pameran kerjaya oleh agensi kerajaan dan swasta yang mana program ini terbuka kepada semua yang mana karnival berlangsung bermula jam 9 pagi sehingga 4 petang.
"Bagi calon yang berminat, calon boleh terus mengisi borang pendaftaran di laman https://tinyurl.com/JCKLANG bagi pemakluman awal untuk pengesahan kehadiran tuan/puan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pada masa sama katanya, calon perlu membawa 'resume' dan dokumen sokongan yang berkaitan semasa hari temu duga itu nanti.
Sementara itu, Papparaidu berkata, seramai 466 peserta berjaya memperoleh pekerjaan melalui penganjuran Program Karnival Kerjaya Jobcare Selangor yang sudah dilaksanakan di lima daerah di negeri ini.
Lima daerah itu adalah Hulu Langat, Petaling, Kuala Langat, Hulu Selangor dan Gombak.
Program itu adalah inisiatif Kerajaan Negeri dalam usaha menyelesaikan masalah pekerja rakyat di negeri Selangor khususnya individu yang dikategorikan sebagai golongan rentan seperti warga emas, ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU) dan bekas banduan.
Karnival itu antara di bawah Program Selangor Kerjaya yang dilaksanakan oleh pihak Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI Selangor) untuk kerajaan negeri Selangor sejak 2021.
Sumber: Berita Harian Online